Khamis, 21 Jun 2012
Syukur..
Rabu, 7 Mac 2012
ucapan tahniah kwn2 mk cu..

i am very proud of u Nur Syahira Ismail!!!! tahniah atas result stpm yg sgt2 hebat!! alhamdulillah berkat usaha dan kesungguhan mg :")
mari la smbung blaja jordan...hehe
smg mg terus berjaya dunia akhirat...doakan kami jugop ye...
p/s: balik nnt boleh la buat konsert nasyid khas utk ktorg ye...rindu sgt dh ni ..
post kawan2 adk yg sentiasa menyokong..
tahniah cu..
Cu.. tahniah sangat.. syukur pada Allah yg anugerahkan kecemerlangan ini.. berbaloi segala usaha dan semangat adk yang tumbuh dan mekar selepas kekecewaan dulu.. biar ia juga jadi inpirasi pada kakak.. Ummi, kak n kta semua bangga dengan mok cu.. Syukur sangat ya Allah.. kalau arwah abah masih ada, tentu beliau lah orang yang paling bahagia.. Abang Ngah pernah cakap pada kakak bila dia frust x dapat g imtiaz n sbp walaupun cemerlang akademik, kepimpinan, ko n sahsiah.. “ ginilah perasaan n dukacita mk su lps spm, bla kwn2 lain semua dapat tawaran sambung belajar, mok su masih trtunggu2 dengan penuh harap..” rupanya doa mok cu yang dlu Allah dh janji untuk kabulkan sekarang.. Moga ada hari-hari depan yang cerah untuk kakak jg.. kak sayang kalian yang saling berkongsi rasa kasih..
Isnin, 27 Februari 2012
budak hostel..
27 Februari..
Alhamdulillah.. tahniah!! Akak dh jadi budak hostel.. smoga masa belajar akak makin terurus.. pandai2 jaga diri ye.. sentiasa azam untuk jadi lebih baik.. solat awal waktu n sentiasa bergantung pada Allah.. siapa lah kta yang hina ini tanpa rahmat Allah.. Moga kakak sentiasa dalam peliharaan Allah dan perlindunganNya
Rabu, 22 Februari 2012
ubat hati..
Inilah penawar untuk hati apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hidup.
Hakikatnya, telah banyak kali sesuatu yang baik telah kita nikmati walaupun pada mulanya itu tidak kita ingini terjadi. Dan itulah yang akan terus terjadi hari ini, esok dan hingga akhir nanti...
Pahrol Mohamad Juoi..
sayu je rasa bila kenangkan kakak tidak dapat apa yang dihajatkan tapi hati jadi terhibur bila baca status update ni..
Ummi dan abah dah sedaya upaya usaha untuk kakak..
Allah Maha Tahu apa yang tersirat disebalik perancanganNya..
birthday kakak..
Happy birthday kakak..
Happy birthday to anakanda aina..dah 13 tahun anak dara ummi..
semoga kakak akan tumbuh mekar sebagai anak yang bijak dan solehah..
tq sebab sudi menjadi anak ummi yang serba kurang ini..
akak dah buat yang terbaik untuk jadi ikon untuk adik2..
maafkan ummi atas didikan dan perhatian yang serba kekurangan..
ummi sayang kakak.. kakak dan adik2 adalah aset ummi dunia dan akhirat..
Semoga Allah melindungi kalian..
Khamis, 28 Julai 2011
Marhaban Ya Ramadhan 1432H
Ramadhan yang dirindui
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah ayat:185)
"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".
(Bukhari-Muslim)
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"
Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.
BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
