Jumaat, 5 Oktober 2012

Tazkirah dan muhasabah diri..


Tazkirah untuk hati-hati kami yang sentiasa lalai.. 

sebenarnya ada cerita.. semalam hubby bank in duit lawatan n duit saya kt BIMB n MBB.. dalam setengah jam dapat call..

“ yang! Ada no phone cg tengku? “ saya tertanya2. “Kenapa?”.. Cerita hubby tadi masa kat BIMB lepas dah sattle semua urusan tiba-tiba baru sedar kad x ada maybe atm tertelan.. cg tengku ada kat atm sebelah masa urusan tu.. owhh.. waktu tu saya dah mula panik.. kad tu link dengan 3 akaun termasuk tabung haji.. saya bayangkan semua habis dalam sekelip mata.. hubby juga risau.. then, hubby cadangkan kami report kad hilang.. saya risau x sempat sebab jam dah 3 lebih.. 

Namun dengan izin Allah.. kad baru saya dapat semula x sampai setengah jam tanpa apa-apa caj.. bila kemaskini baki, Alhamdulillah.. Syukur padamu Ya ALLAH semuanya masih selamat di situ..

Nota hati : “ maafkan saya b.. mungkin dalam kekalutan bahasa cakap saya mungkin sedikit keras dan kurang manis..” “Ampuni aku yang lemah ya ALLAH.. segalanya hanya pinjaman daripadaMU..”

Hubby juga bermuhasabah “ sempurnakankan dulu urusan dengan ALLAH sebelum melaksanakan urusan dunia.. “ ( dah masuk zohor tapi g bank dulu.. sepatutnya masjid dulu dan berjemaah )

Ampuni segala dosa-dosa kami Ya Allah..

Pendapatan Pasif by Prof Muhd Kamil Ibrahim
Saya selalu tersenyum memikir begitu ramai mahu mempunyai pendapatan pasif dalam dunia perniagaan. Lakukan sesuatu kemudian hasilnya akan sentiasa muncul tanpa perlu berbuat apa-apa yang signifikan.

Di dalam Quran dan hadis dinyatakan beberapa kali istilah perbandingan perniagaan yang menguntungkan (nota: saya telah menulis istilah ini di dalam buku yang telah diterbitkan. Saya mohon maaf tidak dapat membuat rujukan kembali pada hari ini). Ia dikaitkan dengan sedekah dan zakat.
Malah konsep “beramal ketika sihat” juga melambangkan pendapatan pasif bakal kita terima ketika sakit. Misal, jika kita sentiasa solat berjemaah di masjid ketika segar bugar, maka Allah telah memerintahkan para malaikat terus juga menulis amalan tersebut walaupun insan tersebut gagal ke masjid atas sebab penyakitnya.
Tentu sekala saya sangat bersimpati dengan mereka yang mahu bekerja bersungguh-sungguh mencari pendapatan ketika muda dan mahu ia menjadi pendapatan pasif tetapi tidak mampu melakukan amal ibadat semaksimumnya.
Misalnya, kegagalan solat berjemaah di masjid akibat kekangan kerja yang dicipta sendiri.
Carilah kekayaan tetapi jangan menjadi hamba kepada kekayaan tersebut. Hakikatnya, kekayaan yang dijana bersama dengan prosedur tepat di sisi Allah merupakan pakej pendapatan pasif.
Pendapatan pasif yang paling saya ingini ialah sebagaimana yang dinyatakan melalui hadis berikut:
Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akhbar, kami mohon keampunan Mu.

MasyaAllah.. ia sungguh terkesan di hati.. Tq Prof Muhd Kamil Ibrahim atas perkongsian ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan