Tazkirah untuk hati-hati kami yang sentiasa lalai..
sebenarnya ada cerita.. semalam hubby bank in duit lawatan n duit saya kt BIMB
n MBB.. dalam setengah jam dapat call..
“ yang! Ada no phone cg tengku? “ saya tertanya2. “Kenapa?”..
Cerita hubby tadi masa kat BIMB lepas dah sattle semua urusan tiba-tiba baru
sedar kad x ada maybe atm tertelan.. cg tengku ada kat atm sebelah masa urusan
tu.. owhh.. waktu tu saya dah mula panik.. kad tu link dengan 3 akaun termasuk
tabung haji.. saya bayangkan semua habis dalam sekelip mata.. hubby juga
risau.. then, hubby cadangkan kami report kad hilang.. saya risau x sempat
sebab jam dah 3 lebih..
Namun dengan izin Allah.. kad baru saya dapat semula x
sampai setengah jam tanpa apa-apa caj.. bila kemaskini baki, Alhamdulillah..
Syukur padamu Ya ALLAH semuanya masih selamat di situ..
Nota hati : “ maafkan saya b.. mungkin dalam kekalutan
bahasa cakap saya mungkin sedikit keras dan kurang manis..” “Ampuni aku yang
lemah ya ALLAH.. segalanya hanya pinjaman daripadaMU..”
Hubby juga bermuhasabah “ sempurnakankan dulu urusan
dengan ALLAH sebelum melaksanakan urusan dunia.. “ ( dah masuk zohor tapi g
bank dulu.. sepatutnya masjid dulu dan berjemaah )
Ampuni segala dosa-dosa kami Ya Allah..
Pendapatan
Pasif by Prof Muhd Kamil Ibrahim
Saya selalu
tersenyum memikir begitu ramai mahu mempunyai pendapatan pasif dalam dunia
perniagaan. Lakukan sesuatu kemudian hasilnya akan sentiasa muncul tanpa perlu
berbuat apa-apa yang signifikan.
Di dalam
Quran dan hadis dinyatakan beberapa kali istilah perbandingan perniagaan yang
menguntungkan (nota: saya telah menulis istilah ini di dalam buku yang telah
diterbitkan. Saya mohon maaf tidak dapat membuat rujukan kembali pada hari
ini). Ia dikaitkan dengan sedekah dan zakat.
Malah konsep
“beramal ketika sihat” juga melambangkan pendapatan pasif bakal kita terima
ketika sakit. Misal, jika kita sentiasa solat berjemaah di masjid ketika segar
bugar, maka Allah telah memerintahkan para malaikat terus juga menulis amalan
tersebut walaupun insan tersebut gagal ke masjid atas sebab penyakitnya.
Tentu sekala
saya sangat bersimpati dengan mereka yang mahu bekerja bersungguh-sungguh
mencari pendapatan ketika muda dan mahu ia menjadi pendapatan pasif tetapi tidak
mampu melakukan amal ibadat semaksimumnya.
Misalnya,
kegagalan solat berjemaah di masjid akibat kekangan kerja yang dicipta sendiri.
Carilah
kekayaan tetapi jangan menjadi hamba kepada kekayaan tersebut. Hakikatnya,
kekayaan yang dijana bersama dengan prosedur tepat di sisi Allah merupakan
pakej pendapatan pasif.
Pendapatan
pasif yang paling saya ingini ialah sebagaimana yang dinyatakan melalui hadis
berikut:
Wahai anak
Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
MasyaAllah,
Subhanallah, Allahu Akhbar, kami mohon keampunan Mu.
MasyaAllah.. ia sungguh terkesan di hati.. Tq Prof
Muhd Kamil Ibrahim atas perkongsian ini..